Mummyku

MY dearest Mum,

Mummy aku adalah syurgaku, dialah wanita yang sering kali aku sakiti. Aku sering berselisih pendapat dengan mummy, dari segi politik dan idea. Mummy conservative sedangkan aku permikiran terbuka dan moden. Mummy adalah bidan di hospital kerajaan. Waktu kecil aku, mummy sangat strict tentang berkawan dengan lelaki. Mungkin sebab banyak kes kes anak gadis yang mengandung luar nikah kerana dirogol maka, aku dan 2 lagi adik perempuan aku tak boleh berkawan dengan lelaki. Mummy sangat risau akan keselamatan kami anak anak perempuan. Aku tak pernah ada cinta monyet masa disekolah.

Mummy juga seorang yang baik hati, walau kami susah dan enam beradik, tapi mummy pernah mengundang seorang Janda bersama 6 lagi anak mereka, yang mummy Cuma kenal di stesen bas kerana tidak ada hala tujuan. Mereka tinggal seketika dengan keluarga kami. Waktu itu rumah kami 1 kilometer dari stesyen keretapi, keretapi dari Kelantan akan lalu di kawasan tempat kami pada pukul 9 malam. Jadi kalau, ada penumpang yang tidak punya tempat tinggal kerana sudah malam, mummy akn bawa mereka menumpang tidur di rumah kami.

Sikap mummy juga, bila bertemu dengan civil , dia lekas ramah. Dia akan Tanya hendak kemana, dari mana? Mummy tahu, aku akan buat muka kalau aku bersama dengan dia ketika itu. Mesti aku cuba untuk menahan mummy dari beramah mesra. Kalau dia tahu orang itu dari kelantan, dia akan tanya lebih details. Mumy suka cari saudara mara dia yang jauh atau dekat. Sedangkan aku sangat sangat berbeza. Satu perkara yang mummy mliki. Walau orang itu Orang asing, orang yang tak punya atau orang yang miskin. Dia akan melayan orang orang itu dengan baik.

Dulu aku tidak menyenangi sifat mummy tapi sekarang, aku seperti mewarisi sifatnya. Walau ora g itu kerja tukang sapu atau kerja tukang cuci tapi mereka punya maruah dan harga diri yang wajar kita hormati. Dan bukan orang kaya dan berpangkat wajar dihormati. Dimata Allah kta adalah sama yang membezakan Cuma amalan kita.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Yahudi di Benci. Mungkin Hitler Benar.

Homestay Suria Kota Bharu

Kisah dalam Ihram