Posts

Showing posts from November, 2011

Homestay Suria Kota Bharu

Image
Pada hari pembukaan Sea Games yg baru lalu, kami berada di Kelantan. Melawat kubur bonda tercinta dan mengubat rindu dendam Mok kepada kampungnya yang terletak dalam daerah Pasir Putih. Kampung aruah berjarak 30 km dari kota bharu dan 5 Km dari Pasir Putih. Di kampung, kami melepak rumah Cousin kami rumah Kak Da atau pun rumah Mek , kakak Aruah mummy. Rumah Mok terlalu uzur utk ditempati. Oleh kerana aku jarang hang out kat bandar Kota Bharu, adik aku Lia and Bro In law decided nak cari homestay sekitar Kota Bharu. Kat Bandar Kota Bharu, berselerak homestay. di tepi tepi jalan ada papan tanda dengan no telefon. Cari punya cari, aku called 10 homestays dan compare harga. At last aku decide utk sewa Suria Homestay lepas kwatim harga dengan Owner nya Encik Zuki jadi aku kira setuju. Ini first time nak sewa Homestay memandangkn kami big family. Jadi harga yg Encik Zuki bg memang berbaloi baloi. Homestay Suria, terletak di Kubang Kerian berdekatan dengan sekolah. Suasana kampung di pinggi

Ashiteru

Image
Krisis rumahtangga yang dihadapi Nora makin menemui jalan buntu. Semakin mencuba mengharapkan sesuatu yg positive tp nyata perkara tidak akan berhasil jika hanya satu pihak yang mahu bersatu sedangkan satu pihak lagi mahukan pembubaran. Pertama kali Nora berada di hadapkan ke Mahkamah Syariah, kes dibaca dihadapan orang dan dia menangis. Hakim bertanya pada Suami Nora " adakah kamu mahu bercerai, dan dia dgn tegas dan santai menjawab iya. " Apabila soalan yang sama diaju pada Nora, dia menangis dan menangis. Hakim mengetuk dan kes di tunda ke sebulan kemudian. Keluar dari Mahkamah, wajah suaminya garang seperti singa lapar yg mahu menerkam. Yang menemani Nora dan suami cuma Ibu Bapa mertua. Nora tidak ditemani oleh sesiapa dari keluarganya. Nora tidak mahu hati keluarganya terluka dan sedih dgn kelakuan Suami. Ting..Lif terbuka dan mereka masuk ke dalam. Suami menekan G. Mulutnya membebel memarahi Nora. " You, memang sengaja nak delay delay kan. " You tahu I ni bus