Posts

Showing posts from August, 2009
Image
Hari cuti, aku gunakan masa utk berkemas barang barang aku untuk berpindah di Villa lain. Hampir semua barang sudah aku masukkan dalam kotak. Masih banyak yang belum diperberes. Aku belum sentuh rak buku. Aku gunakan masa hari ni utk kosongkan rak buku, aku terjumpa buku ni, lama betul aku tak usik buku ni. Bergetar getar hati aku. Tertiba aku rasa sedih sangatttttttttttttttttttttttttttttt..........

Home

Image
Last holiday di The Curve Ikea I m getting home sick now... I missed my home now....... I miss teratakku nenda tercinta. Another summer day Is come and gone away In Paris and Rome But I wanna go home Mmmmmmmm Maybe surrounded by A million people I Still feel all alone I just wanna go home Oh I miss you, you know And I’ve been keeping all the letters that I wrote to you Each one a line or two “I’m fine baby, how are you?” Well I would send them but I know that it’s just not enough My words were cold and flat And you deserve more than that Another aerorplane Another sunny place I’m lucky I know But I wanna go home Mmmm, I’ve got to go home Let me go home I’m just too far from where you are I wanna come home

Korean Cusine

Image
Last week, Dang Shima aku belanja makan utk aku dan Noreen. Dia belanja sebab Noreen dah habis contract and akn meninggalkan kami di Saudi. Tapi yang bayar adalah Abang Jamal. Thanks sebab Abg Jamal Include saya sekali.. Makan malam di korean Palace, ini kali kedua aku makan di Korean palace. Makanan nya memang sedap. Sebelum big meal tiba, complimentary saudi Champange diberi. its Non alcoholic. Orang Saudi sebab meroyan tak boleh minum saudi champange makanya dia cipta champange sendiri. Aku sendiri boleh buat saudi champange ni. Campuran apple juice, air soda, hirisan buah epal, orange dan sedikit daun pudina. Maka jadilah saudi champange. Sebelum big meals tiba , aku rasa aku dah minum 3 gelas saudi Champange. Big meals tiba, dan kami makan dengan penuh selera. Aku suka lamb barbecue, dagingnya fresh, kenyal dan cukup perisa. Noreen order mixed seafood datang dengan big portion. Shima plak order minced beef, aku tak nak komen sedap kurang bg tumpuan. Satu pinggang nasi , aku dah ra

Bunuh diri

Pagi ni, aku dikejutkan berita hospital's mate mati gantung diri. Aku really shock. Aku memang tak kenal dia tapi since keje satu hospital memang concern gak!. Kenapa la sampai dia sanggup ambil nyawa sendiri. Adakah masalah yang terlampau teruk maka dia nekad. Aku ingat dahulu, aku juga pernah melalui saat yang paling kecewa. Aku pergi menenangkan diri di jeti pantai. Aku duduk situ sambil pandang laut, Aku pun fikir, kalau aku bunuh diri, masalah aku ni abis kat sini. Aku terus fikir lagi, tapi aku tinggalkan masalah pada orang yang masih hidup. Pasti keluarga aku akan malu besar dan yang lebih kasihan anak aku. Pasti dia membesar dengan tekanan. Orang yang kecewakan aku akan bertepuk tangan. Masalah yang lain menimpa aku adalah dicampak straight ke neraka jahanam. bersemadinya disitu selama lamanya. Itu yang paling ngeri, Ohhhh....YA Allah, aku beruntung. Tidak pernah senekad itu. Aku cuma keliru dengan suicide bomber yang claimed, mengatakan mereka mati syahid. Aku melihat waja

Renungan bersama

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Siapakah or

Mee Udang Kuala Sepetang Taiping

Image
Aku belek belek family photo, rasa rindu plak nak makan mee udang. Last year family trip ke Taiping. Adik aku yang promote pergi makan mee udang kat Kuala Sepetang. Katanya, ' kena selak udang utk cari mee" sound very odd. Sejak bila dia jadi PRO kedai mee udang nei! Kami sepakat untuk dinner Mee Udang kat Kuala Sepetang. Nak proof kata kata Jamil adakah benar belaka atau indah kabar dari rupa. From bandar Taiping Extimate 30 km utk sampai kat Warung Mak Teh. Actually less than that. Kena cari sign board Kuala Sepetang , ada simpang along the road just aware , warung tu at Your left side heading to Kuala Sepetang dan cuma terletak kat tepi Jalan. Tengah tunggu order, lapar sebab baru jer travel dari kelantan ke taiping Sampai kat sana, kami pun tengok, Ermmm menu nyer not bad. Boleh pilih nak makan dgn mee, nasi atau kuayteow. Ada 2 jenis harga kalau tak silap Rm 6 dengan Rm 10 or rm 8, I cant remember. Tuti nak makan nasi dengan Udang so Kam

Rahsia Solat Awal Waktu

Rahsia Solat Awal Waktu Ditulis oleh Ustaz Zahazan Jumaat, 17 Julai 2009 17:35 Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki . Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat dia

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

Kami sulit menahan pandangan mata kami ketika melihat kalian, apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan dan postur yand ideal, kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian, kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang. Kami sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian, apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah suara yang merdu dengan irama yang mendayu kerana itu tegaskanlah suara kalian tatkala berbicara di berhadapan dengan kami dan berbicaralah seperlunya sahaja. Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian, ketika kalian dapat menjadi tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami, waktu luang kami kadangkala akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian, kerana itu janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalia Kami tahu kami insan lemah bila harus berhadapan dengan kalian, kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya denga

The Legend of Danau Toba

Image
Danau Toba, tasik semulajadi yang terjadi dari letusan gunung berapi. Dikatakan yang terbesar dan sama besar dengan Singapura. Menurut masyarakat disitu, Bagaimana Danau Toba mendapat nama? Kisah legenda masyarakat suamtera barat Menurut cerita masyarakat Batak yang tinggal di sekitar Danau Toba, dahulu Danau Toba adalah kawasan yang gersang dan tandus. Rata rata penduduknya hidup miskin. Di sana tinggal seorang pemuda bernama Luhut, seorang anak yatim piatu yang menyara hidup dengan bertani. Untuk mengisi waktu kelapangan, Luhut sering menjala dan memancing di kuala sungai. Suatu hari, Luhut pergi menangkap ikan. Namun sehingga petang beliau tidak memperoleh seekor ikan pun. Sewaktu hendak berkemas pulang, Luhut terlihat seekor ikan besar berwarna kuning emas yang indah di dalam sungai. Luhut terus melebarkan jalanya dan berjaya menangkap ikan tersebut. Sesampainya di rumah, Luhut tidak sampai hati hendak memasaknya kerana kasihan. Dia menyimpan ikan tersebut di dalam bekas. Keesokan