Dinner dgn girlfriends
Aku dgn girlfrens makan malam di restoran Italy Tony Roma. Terletak di Uptown area Riyadh. Mereka yang beria ria nak pergi makan disitu lepas aku cerita pasal restoran tu. Aku pernah makan di restoran itu bulan lalu. Belanja Ziela yang going for good. Aku memilih menu yang ringkas fried chicken fillet dan minuman pula bernama Shirley temple, campuran lemon, soda, jus delima dan dihias dengan cherry. Sedap minuman tu. Kalau dah kumpul beramai ramai memang meriah, gamat usik dan senda gurau. Topic yang hangat di unit kami, usikan mereka terhadap aku dan Dr Bash. Consultant yang datang locum di unit aku. Dia attached di Jeddah. Kalau Consultant kami Dr Kabbani bercuti dia akan datang ganti. Aku tak nafikan memang aku suka berkerja dengan Dr Bash. Dia competent, skillfull dan dia tak mudah panic dan dia tida suka marah marah. Jujur aku katakana, dia seorang yang baik dan rendah diri. Kawan kawan aku mengusik, jika aku kahwin dengan Dr Bash jadi isteri kedua, mereka sangat happy. Aku suka berkerja dengan DR Bash, tapi bukan bercita cita untuk menjadi isteri dia. Walau Dr Bash memberi ruang untuk aku tetap akan teguh menutup ruang tersebut. Dan aku hormati dia kerana personality dan kerana dia Superior aku ..TITIK.
Bila balik dari dinner, usikan kawan kawan aku dengan Dr Bash buat aku teringat Dr Ju dengan R. Dari usikan teman sekerja antara Dr Ju dan R, menyebabkan R perasan. Apalagi diajak menonton wayang, Dr Ju tidak menolak. Aku harap Allah Taufiq dan Hidayah pada mereka berdua.
Walau aku pernah melalui pengalaman yang melukakan tapi tidak sekali kali aku berbuat begitu pada orang lain. Ya Allah, syaitan tidak akan berhenti menyesatkan manusia. Kuatkanlah imanku. Untuk isteri Dr Bash, semoga dia akan menjadi yang pertama dan terakhir unutk Dr Bash, Amin Ya rabil Alamin.
Comments
Post a Comment