Posts

Showing posts with the label Family gathering
Image
Aku baru lepas berbual dengan mum di telephone. Macam, biasa sebab jauh dia mesti tak nak cakap lama lama. I miss mummy so much now. She getting older day by day dan aku rasa masih tak buat dia gembira. Tak tahu kenapa, aku teringat pada salah laku aku terhadap mummy ketika aku muda remaja dulu. Waktu aku couple dgn R. Aku tahu mummy banyak makan hati. Aku selalu mengutamakan R. Paling aku ingat kini dan buat aku kesal dan sedih, ketika itu R menjemput aku datang ke KT, sedangkan aku berada di Alor Setar Kedah. Mummy menyewa rumah di situ. Aku meminta izin dari mummy tapi Mum melarang. Aku naik angin, dan aku terus berjalan sambil hentak kaki menunjukkan rasa protes aku pada Mum, aku naik ke bilik atas dan pintu aku hempas sekuat hati. Mungkin mum dah hilang sabar dengan aku, dia beritahu aku jangan baru terantuk baru nak tergadah. Aku masih terasa seperti petir melintas dikepala aku. Tapi aku tidak peduli. Aku marah kerana mummy melarang aku bertemu dengan tunang tersayang. Kali...