Aku baru lepas berbual dengan mum di telephone. Macam, biasa sebab jauh dia mesti tak nak cakap lama lama. I miss mummy so much now. She getting older day by day dan aku rasa masih tak buat dia gembira. Tak tahu kenapa, aku teringat pada salah laku aku terhadap mummy ketika aku muda remaja dulu. Waktu aku couple dgn R. Aku tahu mummy banyak makan hati. Aku selalu mengutamakan R. Paling aku ingat kini dan buat aku kesal dan sedih, ketika itu R menjemput aku datang ke KT, sedangkan aku berada di Alor Setar Kedah. Mummy menyewa rumah di situ. Aku meminta izin dari mummy tapi Mum melarang. Aku naik angin, dan aku terus berjalan sambil hentak kaki menunjukkan rasa protes aku pada Mum, aku naik ke bilik atas dan pintu aku hempas sekuat hati. Mungkin mum dah hilang sabar dengan aku, dia beritahu aku jangan baru terantuk baru nak tergadah. Aku masih terasa seperti petir melintas dikepala aku. Tapi aku tidak peduli. Aku marah kerana mummy melarang aku bertemu dengan tunang tersayang.
Kali kedua yang buat aku lukakan hati mum, pada tahun 1997, aku bekerja Di IJN. Aku dah merancang untuk celebrate birthday dengan tunang dan bakal mertua di Kt. Sebelum sebelum itu mum pernah Tanya aku samaada aku akan balik ke kedah atau tidak tapi aku kata, mungkin aku kena kerja. Ya! Mungkin aku kena kerja sebab short of staff. Tapi aku sendiri lupa, later aku apply cuti dan ke Kt untuk sambut birthday. Sekembali aku dari KT, kawan sekerja menyampaikan pesanan. Mummy called ketika birthday aku tapi aku tiada. Ketika itu aku rasa malu. Rasa malu dengan kawan kawan, juga malu pada mum. Tapi aku masih pretend apa yang aku buat betul. dan berapa kali aku meaykiti hati mummy tanpa aku sedari.
Dan kini, sebagai balasan, apa yang aku terima adalah kerana perbuatan aku yang melukakan hati mummyku. Sungguh, ketika perkahwinan aku dgn R, dia gembira dan merestui tapi, segala perbuatan aku terhdapnya menjadi Murka Allah SWT.
Comments
Post a Comment