Tragedi Di Sg Golok

Lama dah tak update blog, any how takder sapa yang follow blog ni. Ini adalah catatan peribadiku yang sendiri. Aku sendiri yang tulis dan sendiri yang baca.
Bermula dari tarikh ini, tinggal 2 hari saja aku akan terbang pulang ke rumah keduaku. Aku akan tinggalkan semula keluargaku yang dikasihi, BaITI JANNATI, tanahairku yang tercinta, kereta, pets and blabla .
Niat hati aku nak tulis cerita waktu diAustralia tapi entries kali ini, aku belum ada mood kerana mengenang kejadian yang menyayat hati di Golok Thailand. Bila, aku dengar berita ni, hatiku benar benar pilu. Aku berasal dari Kelantan. Negeri yang paling besar bersempadan dgn selatan Thailand. Ayah ku berketurunan siam,melayu dan pakistan. Aku mempunyai ramai saudara mara yang menetap di Selatan Siam. Datukku membuka perkampungan di Kg Bagus Rantau Panjang. Dibelakang rumah Datuk,terdapat sungai yang memisahkan Malaysia dan Thai iaitu Sungai Golok. Waktu aku kecil, aku sering bermain disungai Golok,aku masih ingat diseberang sana anak anak sebaya aku melambai lambai mengajak bermain bersama. Ketika itu kg itu sgt aman.Tapi kini apa yang brlaku sgt menyedihkan.
Pembunuhan yangberlaku dalam masjid memang sangat kejam, mereka ditembak ketika sholat Isya berjemaah. Ramai pihak yang menunding jari kearah Pihak berkuasa Thailand.
Sewajarnya seluruh umat islam mengambil ikhtibar ats kejadian ini. Tragedi berdarah Ta'ba belum reda, kita dikejutkan dgn tragedi berdarah ini.
Semoga Allah menempatkan mangsa yang terkorban disisi para syuhada. dan berdoalah semoga pihak yang bertanggungjawab akan menerima balasan dari Allah Taala.


kanak

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Yahudi di Benci. Mungkin Hitler Benar.

Homestay Suria Kota Bharu

Kisah dalam Ihram