Posts

Showing posts from July, 2008

Mahalnya

Image
Teringin nak makan aiskrim, kat malaysia cuma 2 Rm tapi kat London 2.5 pound sterling. Pretty expensive. Badigol 2 ekor ni yang menyebakan inflasi kat dunia.

Di Kota London

Image
Disinilah terletaknya Malaysia hall. Sarapan pagi di malaysian Hall. 4 Pound Sterling. Im starving to death. makan dengn gembira. Biliknya Not bad walau tak der kettle, atau air. aku sampai tgh Malam, tak der makanan. Minum tab water dan kentang lays Arrived Heathrow London at 2130, Heatrow tak sehebat yang aku bayangkan. KLIA jauh lebih canggih. Ketika diumum memasuki ruang udara London, plane cant landing because of Traffic. Kecik saja sampai ada traffic. Lepas immigeresen, aku terus call Malaysia hall. Mereka dah tunggu dan mereka harap aku akan sampai sebelum pukul 11.30malam. Terus aku dapat kan informasi dan dapatkan Map. Form Heatrow ke Malaysia Hall kena ambilk Subway. Bayar 4 pound, Subway menuju ke central london dan utk ke Malaysia Hall, aku transit di Earl's station dan connecting ke Baker station. Its take about 40 minutes. Keluar dari Main entrance Baywater's station, ambil kiri dan jumpa Queenborough street, cari fla

Something about Babe

When i transit in Bahrain, terus aku called babe tapi takder answer. a bit hampa. Dalam flight, aku menulis kenangan aku dgn babe. Dia seorang yang baik, ceria suka menolong tapi moody. kalau dia bad mood i just leave her alone. Kerana itu, hubungan kami terjalin lama sekali. its more than friend. Like sista!. Waktu waktu yang manis bersamanya bila kami tinggalkan Brunei later kami jobless. Saling berjanji kalau sapa dapat ke middle east dahulu maka kena support antara kami yang jobless. Dia ke Bahrain dan aku masih miserable di Malaysia. She keep her promise. Dia seorang yang lucu, ada saja perkara yang dia nak merapu. kami tersenyum sendiri dlm flight sepanjang perjalanan ke london. Aku teringat dia samakan kisah aku macam ayat ayat cinta. Aku ni Maria yang sukakan lelaki macam Fahri, And EVOO so call Fahri dah ada calon. Dapat kahwin dengan Fahri, nyawa plak pendek. Merapu yang sangat buat aku lucu. Yer may be. si pembaca akan rasa betapa tak lucunya cerita aku ni but Babe, she are

The healer The Killer

Malam ini, aku dinner di restoran sizzler yang terletak di MC’s compound. Jarak dari rumah aku lebih kurang 3 kilometer. Kami smua berempat, Sizzler restoran menyediakan makanan barat dan Chinese cuisine. Aku jarang makan di situ, sebabnya mahal dan tidak menepati citarasa. Tapi, aku bukan ingin menulis tentang Rest ini . lepas makan, aku, Kan, Delene dan Lee Fong chit chating sambil relax di restoran yang high standard didalam housing compound. Kan told us, patiet bed 2 passed away. Aku memang extremely shock, sebab aku teringat my friend Maria beritahu, malam tadi ada incident berlaku pada patient bed 2, patient got femoral line vein and around that area is swollen and redness. They discover the line actually is not inserted in femoral vein but in femoral artery. and that line receiving plenty of medication. Bila perkara ini terjadi, kes ini ini akan sampai hingga higher authority. Mistake does happen, no matter how smart or how competent the medical provider but as human be
Image
Khim yang berbaju biru paling hadapan, Dr Bash yang paling belakang berkot putih dan t'shirt orange. aku rasa, aku takder dlm photo They seem enjoyed with the foods. Nasi Mahdud, very ta sty Dinner yang aku organize berakhir dengan selamat, rasa lega sekali. Mula mula tu, aku sedikit begang bila ada orang komen, INI SAJA!. Orang Malaysia dan kawan baik sendiri pulak tu. Tak tahu nak appreciate aku dah tungkus lumus cari fund, order food dan arrange. Dari masa dan tenaga. Aku korbankan. Tapi bila Nasi mahgdud di buka semuanya impress. Semua nya makan dengan gembira dan ramai yang puas hati. Aku rasa orang y

Farewell occasion

Image
Housing compound MCX Building. View from DD's Flat I m counting the days for my departure to Big Be city. I haven’t do the packing neither buying the stuff to bring there.2-3 hari sibuk organize dinner untuk Suzzete and Dr Bash. aku yang kena incharge untuk occasion ni. So aku yang pilih menu. Selama ni, menu yang menjadi kebiasaan adalah Filipine cuisine and thai’s cuisine. aku changed the menu so, Menu for today. Nasi Maghdud( Ayam di kukus didalam Nasi, dan dihidang dengan sayur mentah gir gir) spare ribs barbecue, fried mixed veggie, aku tambah sambal belacan biar mat salleh berasap bila dia makan. Tak lama menu yang biasa, Pancit dengan spring roll pun aku hidang jugak supaya orang Malaysia dengan orang filipin tak bising. Lepas dinner nanti, aku harus mula packing. Sambil packing, sambil blooging.

Dinner dgn girlfriends

Image
Starter onion ring and buffalo wings Aku dgn girlfrens makan malam di restoran Italy Tony Roma. Terletak di Uptown area Riyadh. Mereka yang beria ria nak pergi makan disitu lepas aku cerita pasal restoran tu. Aku pernah makan di restoran itu bulan lalu. Belanja Ziela yang going for good. Aku memilih menu yang ringkas fried chicken fillet dan minuman pula bernama Shirley temple, campuran lemon, soda, jus delima dan dihias dengan cherry. Sedap minuman tu. Kalau dah kumpul beramai ramai memang meriah, gamat usik dan senda gurau. Topic yang hangat di unit kami, usikan mereka terhadap aku dan Dr Bash. Consultant yang datang locum di unit aku. Dia attached di Jeddah. Kalau Consultant kami Dr Kabbani bercuti dia akan datang ganti. Aku tak nafikan memang aku suka berkerja dengan Dr Bash. Dia competent, skillfull dan dia tak mudah panic dan dia tida suka marah marah. Jujur aku katakana, dia seorang yang baik dan rendah diri. Kawan kawan aku meng
Image
Aku baru lepas berbual dengan mum di telephone. Macam, biasa sebab jauh dia mesti tak nak cakap lama lama. I miss mummy so much now. She getting older day by day dan aku rasa masih tak buat dia gembira. Tak tahu kenapa, aku teringat pada salah laku aku terhadap mummy ketika aku muda remaja dulu. Waktu aku couple dgn R. Aku tahu mummy banyak makan hati. Aku selalu mengutamakan R. Paling aku ingat kini dan buat aku kesal dan sedih, ketika itu R menjemput aku datang ke KT, sedangkan aku berada di Alor Setar Kedah. Mummy menyewa rumah di situ. Aku meminta izin dari mummy tapi Mum melarang. Aku naik angin, dan aku terus berjalan sambil hentak kaki menunjukkan rasa protes aku pada Mum, aku naik ke bilik atas dan pintu aku hempas sekuat hati. Mungkin mum dah hilang sabar dengan aku, dia beritahu aku jangan baru terantuk baru nak tergadah. Aku masih terasa seperti petir melintas dikepala aku. Tapi aku tidak peduli. Aku marah kerana mummy melarang aku bertemu dengan tunang tersayang. Kali

Mummyku

MY dearest Mum, Mummy aku adalah syurgaku, dialah wanita yang sering kali aku sakiti. Aku sering berselisih pendapat dengan mummy, dari segi politik dan idea. Mummy conservative sedangkan aku permikiran terbuka dan moden. Mummy adalah bidan di hospital kerajaan. Waktu kecil aku, mummy sangat strict tentang berkawan dengan lelaki. Mungkin sebab banyak kes kes anak gadis yang mengandung luar nikah kerana dirogol maka, aku dan 2 lagi adik perempuan aku tak boleh berkawan dengan lelaki. Mummy sangat risau akan keselamatan kami anak anak perempuan. Aku tak pernah ada cinta monyet masa disekolah. Mummy juga seorang yang baik hati, walau kami susah dan enam beradik, tapi mummy pernah mengundang seorang Janda bersama 6 lagi anak mereka, yang mummy Cuma kenal di stesen bas kerana tidak ada hala tujuan. Mereka tinggal seketika dengan keluarga kami. Waktu itu rumah kami 1 kilometer dari stesyen keretapi, keretapi dari Kelantan akan lalu di kawasan tempat kami pada pukul 9 malam. Jadi kalau