Romantis muslim
Bulan puasa lalu, I spent banyak masa di internet was watching jejak rasul musim ke 15. Teruja sungguh tengok crew Tv3 menyusuri sejarah Nabi Nabi. Paling menarik mereka ke Gua di Jordan. Di percayai disitulah kisah Al-Kahfi berlaku.
Aku pun mula google Al Kahfi, dan baca terjemahan Alquran. Rasa minat yang mendalam dan
Grand mosque Xian
aku merencana cuti tahun depan aku. Kerana mungkin aku tidak berpeluang lagi kesana. Dari Jordan, aku akan ke Jerussalem.
Jerussalem
Insya Allah, aku dah baca serba sedikit tentangnya. Aku dah cari informasi bagaimana untuk lolos ke Jerussalem tanpa masalah. Ada teman yang sedia untuk menemani aku ke sana jadi aku memohon semoga Allah SWT memakbulkan doa ini.
Dalam Al-Quran dimana surah AlKahfi mencerita tentang pemuda pemuda yang tidak diketahui berapa bilangannya, disebut 3, 4 atau 7 tapi Allah SWT yang lebih mengetahui. Kisah berlaku dizaman Nabi Isa As. Pemuda pemuda ini lari dari pemimpin roman. Mereka berlindung di Gua ditemani seekor anjing. Mereka ditidurkan sehingga 309 tahun. Itulah kehendak Allah SWT. Dalam Surah ini, maka seluruh umat Nabi Muhammad Saw menggunakan perkataan INSYA ALLAH.
Jerussalem, tempat suci untuk 3 agama penting dunia, Islam , Nasrani( kristian) dan Yahudi. Disitu lahirnya ramai Nabi nabi dan rasul. Aku nak lihat dengan mata aku sendiri tempat yang menjadi rebutan.
Satu lagi tempat yang aku sangat sangat nak visit , Xian di China. Aku tahu tentang Xian apabila menonton Travel chanel . Aku jadi teringin untuk melawat Xian kerana disana majoriti penduduknya adalah muslim dan ingin melihat masjid yang di bina unik bercirikan Chinese style.
Grand Mosque yang terletak di tengah kota Xian, menariknya Masjid ini dibina pada tahun 746 hampir seratus selepas Rasululah Wafat. hampir setiap hari aku membaca tentang Xian. Aku sudah hafal tempat yang bakal dilawati, mahu merasa keenakkan makanan di Xian. Malah, makanan disana katanya sedap sedap.
diluar kota Xian kurang lebih 20 km, disitu terdampar teracotta warrior yang dikatakan penemuan keajaiban dunia.
Semoga hasrat untuk kesana akan termakbul, Amin ya rabil alamin
Comments
Post a Comment