Eid Mubaraq di Riyadh



Eid di saudi

Tahun ini, syawal ke 4 , aku beraya di Riyadh, far far away from home. Untung juga setiap Eid, aku dapat cuti jadi Syawal aku sambut bersama dengan rakan rakan.
Ramai juga yang bertanya kenapa tidak balik, memang seronok dapat berhari raya di kampung dengan family tapi ketiadaan Tuti disisi buat aku rasa cukup sedih jadi, biarlah aku sendirian jer kat Saudi. Alasan yang lain, Aku gunakan cuti panjang waktu musim sekolah untuk pulang ke malaysia jadi aku banyak masa dengan Tuti.
Syawal dimana mana sahaja tidak penting yang penting, Allah SWt menerima pergorbanan dan ibadah kita dibulan Ramadam itu yang lebih penting dari segalanya.
Eid Di Saudi tidak meriah malah tidak seperti diraikan. Tiada jemputan dari teman teman Saudi.
Namun, inilah adalah hari kemenangan untuk umat islam. Berjaya melawan lapar dan dahaga untuk sebulan. Sangat bermakna buatku. Aku mesti meraikan kedatangan hari yang mulia ini.

Lepas Diumumkan 1 syawal, aku ke Batha. Disana , terdapat asian's goods. dari ayam, sayur dan groceries semuanya boleh diperolehi dengan harga yang munasabah.
Samapi dirumah sudah jam 11 malam, dan aku mula menyiapkans segala persiapan untuk esok.
Untung Uni aku datang menolong, maka kami bertungkus lumus menyiapkan bahan bahan untuk dimasak.
Pukul 2 pagi , aku masih sibuk memasak dan online dgn family. I shows them I m happy though deep in my heart I miss them very badly. Untungnya berada di zaman serba maju. Aku webcam dengan family dipagi raya. Semua berpakaian baru. Dapat tengok Mok, Mummy, adik adik, nephews. So touched.
Pukul 11 pagi, semua sudah masak. Aku tak jemput ramai tetamu al-maklum kemampuan utk memasak banyak makanan sangat terbatas.

malam hari, aku visit My jordanian colleague. Pertama kali beraya dengan bangsa asing. Satu pengalaman yang menarik, cara layanan sangat berbeza. kami dihidang dengan jus orange. Selesai minum, kami dijamu dengan coklat. satu demi persatu hidangan datang. Aku rasa, makin lama dirumahnya makin banyak yang di jamu jadi aku minta diri .


Masa aku menulis ni, raya yang ke 7 . hari raya ke 6 kelmarin aku masak lagi untuk meraikan teman teman yang tidak hadir pda raya pertama so tenaga dan masa pun ada jadi masak lebih sikit. Soto, nasi lemak, cucur yang menjadi menu utama.





Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Yahudi di Benci. Mungkin Hitler Benar.

Homestay Suria Kota Bharu

Kisah dalam Ihram