Bunuh diri
Pagi ni, aku dikejutkan berita hospital's mate mati gantung diri. Aku really shock. Aku memang tak kenal dia tapi since keje satu hospital memang concern gak!. Kenapa la sampai dia sanggup ambil nyawa sendiri. Adakah masalah yang terlampau teruk maka dia nekad.
Aku ingat dahulu, aku juga pernah melalui saat yang paling kecewa. Aku pergi menenangkan diri di jeti pantai. Aku duduk situ sambil pandang laut, Aku pun fikir, kalau aku bunuh diri, masalah aku ni abis kat sini. Aku terus fikir lagi, tapi aku tinggalkan masalah pada orang yang masih hidup. Pasti keluarga aku akan malu besar dan yang lebih kasihan anak aku. Pasti dia membesar dengan tekanan. Orang yang kecewakan aku akan bertepuk tangan. Masalah yang lain menimpa aku adalah dicampak straight ke neraka jahanam. bersemadinya disitu selama lamanya. Itu yang paling ngeri, Ohhhh....YA Allah, aku beruntung. Tidak pernah senekad itu.
Aku cuma keliru dengan suicide bomber yang claimed, mengatakan mereka mati syahid. Aku melihat wajah Aromzi internet, pengembom Bali yang mayatnya tersenyum. didakwa mati syahid.
Adakah mereka benar syahid kerana Mereka mengembom orang orang bukan islam.
Say for instant, collegues aku rata rata westerner dan non muslim , bagaimana kalau aku bersama mereka dan aku letupkan badan aku. ??? Adakah aku syahid
ATAU
Aku tunjukkan akhlaq seorang mukminah yang sholehah , moga moga mereka akan terpikat dengan islam. Aku pernah terdengar sepotong hadith " membawa orang masuk islam , lebih baik dari dunia dan seisinya".
مدونة أكثر من رائعة
ReplyDelete