Selamat jalan Natrah.






I just read latest news from Metro. Aku sungguh terkejut, last entries it was tribute to MJ and This entries I want to Tribute to Natra. Memang terkejut dan sedih bila membaca bahwa Natrah Atau Maria Hertogh meninggal dunia. Waktu aku kecil, aku membaca kisah tragedy Natrah. Walau tragedy itu berlaku waktu aku belum lahir malah, Mummy aku sendiri baru berumur 4 bulan tapi kisah Natrah adalah sejarah hitam untuk bangsa melayu dan Muslim.


Natrah atau nama asalnya Maria Hertogh adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Dia dilahirkan di Indonesia, bapanya adalah dutch military di Indonesia. Ringkasnya, Jepun menyerang Indonesia, Natra diserahkan kepada Aminah yang berniaga kain diIndonesia. Aminah, wanita melayu berasal dari Kemaman Malaya. Aminah membawa pulang Natra ke Kemaman, dan dari bayi, Natra dibesarkan dengan melayu culture and Muslim faith. Kasih sayang pada Natrah seperti menatang minyak yang penuh. Natrah berbeza cuma warna kulit tapi dia adalah seperti gadis melayu yang lain.

Many years later, her natural family retrieve Natrah. Mereka datang ke Singapore dan melalui bantuan gavenor British and Dutch. Mereka merancang membawa Aminah dan Natra ke Singapore dengan memberi berbagai helah hingga akhirnya Aminah pun membawa Natrah Di Singapore.

April 1950- Natrah dipisahkan dari Aminah dan Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura. Aminah tidak berputus asa, Dia membuat rayuan di mahkamah dan Julai 1950, rayuan nya diterima. Kerana takut peristiwa itu berulang lagi. Natra yang berumur 13 tahun ketika itu, dinikahkan dengan Cikgu Mansoor yang mengajar di Singapore. Dalam undang undang syariah islam, ianya dibenarkan sebagaimana isteri nabi , Aisya R.A


Pada awal December 1950, isu Natrah berbangkit semula, kali ini lebih kepada isu agama. Ketua hakim mengeluarkan perintah pernikahan Natrah dan Mansoor tidak sah. Dan bapa sebenar Natrah yang lebih berhak menentukan kehidupannya walau Natrah sendiri mengakui. Dia adalah muslimah atas kerelaan nya tanpa dipaksa.

12 december 1950, mahkamah memutuskan, Natrah dikembalikan pada keluarganya di Belanda. Sebelum pulang ke Belanda, Natrah di letakkan di Convent dan terus diasuh untuk menjadi Kritian. Di Convent. Natrah meneruskan kehidupan sebagai muslim., Sholat 5 waktu Etc.

12. DEC 1950. Rusuhan Natrah berlaku kerana, orang Melayu marah kerana Natrah dimurtadkan. Rusuhan di Singapore menyebabkan ramai orang terkorban dan cedera, hingga berakhir kepada perintah berkurung. Rusuhan itu turut merebak di Karachi Pakistan dan mendapat perhatian Kerajaan Arab Saudi.

Natrah kembali ke Belanda, hampir 4000 orang menyambut kepulangannya. Seawalnya, dia masih tetap sebagai muslim, merindui nasi, memakai kebaya. Dia menerima surat dari suaminya dalam tulisan jawi. Setiap hari paderi dan nun datang untuk mebawa akidahnya kembali ke Kristian.


1953- Surat pertama dari Natrah kepada suaminya Mansoor. Bertulisan rumi. Dia memberitahu pada suaminya bahawa dia sudah memeluk Kristian dan menggunakan nama Bertha Hertogh. Dia melarang suaminya menulis surat kepadanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Yahudi di Benci. Mungkin Hitler Benar.

Homestay Suria Kota Bharu

Kisah dalam Ihram