Cinta Lutfia


Cinta itu antara anugerah yang paling agung. Saya tak nak sentuh cinta yang terlarang. Itu memang dah luar dari topic yang saya ingin lontarkan di entries kali ini. Saya kutip kisah ini , based on the true strory.

Wanita itu bernama Lutfia. Kisah hidupnya dari kecil hingga dewasa seprti diatas roda, ada naik turunnya. Dia berkahwin dengan lelaki idamannya. Love marriage. Dikurniai anak lelaki. Sedekad berlalu, rumahtangga bergoncang. Tidak dapat menahan takdir, maka terlerai sudah cinta , janji untuk sehidup semati yang diikrar diwaktu asyik bercinta cuma tinggal janji.

Awal perceraian, Lutfia hidup dalam depressi. Apalagi Mertuanya mengambil satu satunya anaknya. Takut hidupnya akan terus merana dia mendapat bantuan Islamic kaunseling . Perlahan, dia membuka lembaran hidup yang baru. Dia memberi sepenuh konsentrasi pada kerja. Dia banyak mebaca buku islamic’s motivation. Bulanan , dia mengirim duit untuk anaknya. Setiap minggu, dia pasti akan menelefon anaknya. Dia berubah dirinya jauh jauh berubah dari dirinya yang lama. Memohon keampunan pada Allah SWT, tetap berdoa semoga rumahtangga nya akan kembali semula.

Musim sudah berapa kali berganti, tanda untuk melihat bekas suaminya kembali merujuk juga tiada menunjukkan sebarang bayang. Dugaan Allah Swt dia terima. Rasa kecewa kerana doanya tertolak dan dia redha. Disini dia mula belajar erti sabar.

Bimbang hidup sendirian. Lutfia, maju kehadapan. Dia berpegang janji dengan Allah SWT untuk tetap menjaga kehormatannya. Mustahil , dia yang pergi mencari lelaki. Tak munasabah untuk menampal iklan MENCARI SUAMI. Lelaki lelaki yang dikenali, ada suami orang dan ada yang cuba untuk melamar tapi Lutfia tidak berkenan dengan perangai. Dia mencari didunia Maya. Keuntungan hidup dizaman berteknologi, memberi peluang berkenalan dengan banyak lelaki dari serata pelusuk dunia. Lutfia hanya berusaha mencari suami yang baik. Dia tidak mahu lagi mencari yang berpangkat atau kaya raya tapi Cuma BAIK .

Walaupun usaha dan tawakkal tapi, Lutfia terus gagal. Kuasa Allah SWT walau pun teknologi makin maju dan jodoh boleh dicari di Internet tapi tidak bagi Lutfia. Dia mendelete friends dlm messenger. Satu persatu. Cuma satu Id tidak dibuang, bukan kerana dia menaruh perasaan tetapi , Lutfia rasa selesa berchatting dengan lelaki yang dikenalinya di Islamic forum. Dari awal, Lutfia tidak berminat menjadikan lelaki itu calonnya. Dia adalah lelaki yang kaku, dia memanggil Lutfia kakak.

Segalanya berubah, sepanjang mereka chatting, Lutfia suka bertanya banyak perkara, dan jawapan di beri mantap dan kosisten. Hingga lah suatu waktu, rasa cinta yang tidak disangka sangka tumbuh. Lutfia bertanya tentang dirinya. Lelaki itu berkata , dia seorang yang sensitive dan senang menangis. Dia sangat tidak tahan melihat orang dizalimi, orang miskin atau wanita yang dipukul suami. Melihat tulisan yang dibalas, Untuk kesekian kalinya Lutfia jatuh cinta dengan Lelaki itu, kerana Lutfia pernah dipukul oleh bekas suaminya. Jika , lelaki itu menjadi suaminya, he will honour her. Yes He will.

They chatting for years, She fond of chatting with him. Lelaki itu seperti wasilah dari Allah Swt. Lutfia , ingin terus berubah. Berhijrah kepada wanita yang baik walau tidak termampu menjadi sholehah. Tidak pernah mereka berbual dengan perkara yang bukan bukan, mereka berdua banyak berbual perkara yang Ilmiah tapi tidak bosan.

Memang kehendak Allah Swt, tidak sama dengan kehendak kita. Kerana dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Jodoh lelaki itu bukan dengan Lutfia. Kehadirannya sementara tapi mewarnai segenap hidupnya. Takdir tidak berpihak kepadanya dan lelaki itu bernikah dengan calon keluarga, gadis yang sangat baik hati dan tinggi didikan agamanya.

Rasa redha yang jujur dari diri Lutfia. Allah SWT tidak zalim. Lutfia mengimbas semula kenapa doa doa agar suaminya datang merujuk kembali tetapi doa itu tidak makbul kerana Allah ingin menemukan dengan seseorang yang Baik Hati. Ciri ciri yang dia mahu. Allah menghadiahkan rasa cinta yang sangat suci dan tulus dari hati Lutfia , itu sudah memadai buat Lutfia. Dia juga tidak mahu tahu adakah lelaki itu juga menyintainya. Itu tidak penting. Rasa cinta yang paling indah untuk seseorang yang tidak pernah dia kenali juga dia temui. Sangat sangat berbeza diwaktu dia bercinta dengan bekas suaminya. Waktu itu cinta yang lahir kerana hawa dan nafsu.

Kini, Lutfia masih sendiri. Tapi Lutfia gembira, Hatinya tenang. Redha dengan hidupnya. Yang cukup manis, Bekas mertuanya yang pernah membenci nya, kini melayan Lutfia dengan baik. Lutfia boleh membawa anaknya tinggal bersamanya.

Jangan salah sangka dengan Allah SWT. Minta lah bantuan dari yang Esa. Segala sesuatu ada hikmahnya.

HASBI ALLAH WA NEMAAL WAKEEL.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Yahudi di Benci. Mungkin Hitler Benar.

Homestay Suria Kota Bharu

Kisah dalam Ihram