Maaf sekali lagi kalau aku menulis sesuatu yang boring, masih lagi aku ingin menulis tentang Ibadah Haji. Aku terjumpa buku rujukan waktu diJeddah dan aku kira baiknya jika berkongsi sedikit dengan pembaca. Ibadah Haji adalah rukun islam yang ke 5. Ibadah ini wajib dikerjakan apabila berkemampuan. Bila segala serba cukup Material, Sihat tubuh badan,Mahram bg wanita maka wajiblah keatas kita menlengkapkan rukun islam ini. Dalam buku itu juga ada menulis bahawa jika kita tidak melaksanakan sedangkan kita berkemampuan bermakna kita Ingkar atas perintah Allah SWT.


Tentang haji ini, ramai yang takut untuk mengerjakan, alasan nya masih kurang ibadah, bimbang nanti di Tanah Suci diuji dengan bermacam macam. Sering kita dengar, orang bercerita bila pulang dari Tanah suci, banyak kejadian aneh dan pelik. Kedengaran menakutkan. Ada juga yang balik bercerita mendapat anugerah semasa ditanah suci. Orang orang yang mendengar pun buat penilaian, sebab Si A nu banyak buat perkara ni , atau si anu kuat ibadahnya. Tapi, kalau kita kaji semula, waktu ditanah suci, kita akan banyak buat ibadah, selain fardu yang sunat pun dikerjakan, wirid dan tahmid, jadi jgnlah rasa hairan bila kita jumpa perkara aneh kerana itu datangnya dari kita sendiri. Ini adalah pendapat dari sudut psychology. Hati bersih bila menyerahkan diri pada Si Pencipta, jika kita pernah buat suatu perkara yang tak baik dengan sendiri, kita boleh lihat perbuatan kita dan inilah masa kita menyesal dan bertaubat untuk tidak mengulanginya lagi. Ini pendapat saya yang cetek.


Selepas baca article saya yang lalu, apa pendapat pembaca. Saya, melalui saat saat getir dari mula perjalanan saya ke Mekah. Adakah ini kerana saya banyak buat dosa. ???????


Tak der orang yang sempurna. Perompak, pemimpin yang makan rasuah, penyanyi , pelakon pun ada yang pergi buat haji, mereka tinggal dihotel 5 bintang di Mekah dekat sekali dengan Kaabah. Malah mereka pergi buat haji berkali kali, Mereka tidur di Villa mewah diatas bukit diMina. Sedangkan, jemaah yang miskin datang dari negara yang jauh , tidur di kaki lima Masjidil Haram, dan di Mina. Siapa sebenarnya yang lebih mulia. Think about it! Siapa sebenarnya tetamu Allah dan siapa pula tetamu negara, adakah yang berantakan tidur di jalanan atau yang enak tidur di mansion mewah di atas bukit Mina. Wallahualam.



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Yahudi di Benci. Mungkin Hitler Benar.

Homestay Suria Kota Bharu

Kisah dalam Ihram