Hijrahku ke jalan Fisabilillah

Many stars Hotel.

Atas izin yang Maha Esa dengan Rahmannya, maka aku menerima jemputan haji tahun ini. Pengalaman pertama ini amat bermakna. Banyak pengalaman mencabar yang ku lalui. Dari hari berangkat, jemaah kami terpaksa menempuh perkara yang hebat. Coaster yang memuatkan 10 org, terpaksa memuatkan jemaah 20 org, sgt padat. Keadaan yang sempit, menguatkan rasa teguh utk berjuang ke jalan nya. Terpaksa merempuh padang pasir ditengah malam dingin kerana, agen yang mengurusi kami menjadi mangsa penipuan dan kami gagal dapat permit,sudahlah kami bayar mahal. Tapi redha sajalah.

Waktu sampai padang Arafah, sekali lagi kami dilayan dengan begitu teruk. Aku lihat, Ustaz Yusoff yang menjadi ketua kami diherdik oleh pengurus khemah dalam bahasa Arab. Tapi, semua jemaah tak de yang merungut. Hari wuquf yang cukup syahdu. Boleh aku rasakan, bahawa tiada bezanya kita sesama manusia yang membezakan amalan kita. Apa saja kesusahan adalah untuk melihat sejauh mana keimanan kita pada si Pencipta. Begitu banyak dia memberi, sedikit susah apa salahnya dirasai.

Aku kira tubuh ku sihat dan bersyukur kerana tiada masalah sepanjang ibadah haji, malam terakhir di Mina. Aku tidur di HOTEL MANY STARS, bertilamkan tikar dan berbumbung kan bintang beribu. Esoknya, aku mula sneezing dang batuk. Aku menyesal tak ambil prophylaxis. Tapi, insya Allah. Apa ubat yang ada, akan membantu.

Selesai haji, aku rasa bertuah dapat melalui kesusahan ini. Kalau dibandingkan dengan jemaah Haji yang datang dengan pakej , segalanya dijaga. tempat tinggal semua dekat. Tapi, apa yang aku dan teman teman yang lain lain lalui betul betul seperti kami pergi berperang. Itulah takdirnya, hikmah permit kena tipu. Aku boleh merasa hidup susah, walau aku punya duit sekali pun, untuk tinggal di tempat yang selesa pun, duit aku tak laku. No place available. Untuk makan sekali pun, aku tetap kena beratur sepanjang 1 kilometer. terlalu ramai yang mahu mebeli makanan.

Hadith ini menjadikan aku terlalu berbangga dan penawar buat segala kesulitan dan masalah yang aku lalui


Dihari ini, ( hari Arafah) Allah berbangga dengan Malaikat dan berfirman, lihatlah hamba hambaku datang dalam keadaan kotor dan berdebu membawa haian untuk sembelihan sedangkan mereka belum pernah merasa bagaimana nikmat syurga untuk mereka.

P/S ; aku sudah lupa haidth ini dari siapa. Aku jumpa dalam buku rujukan waktu di Jeddah. Mohon maaf jika ada kesilapan kerana,, yang baik itu dari Allah dan dan yang buruk itu dari saya sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Yahudi di Benci. Mungkin Hitler Benar.

Homestay Suria Kota Bharu

Kisah dalam Ihram