Kisah dalam Ihram


Kisah ini aku tulis untuk buat panduan pada muslimin yang akan mengerjakan umra atau haji. Ihram adalah salah satu rukun umra dan haji, meninggalkannya boleh membantalkan haji. Ihram, ikut my definition secara ringkas, mengikat diri dengan meninggalkan larangan atau pantang larang ( please refer manasik umra dan haji) to know more the rules.

Pengalaman aku menunaikan haji kali ini, menyedarkan aku bahawa, pantang larang dalam ihram sebenarnya bukan lah rumit. Sebab itu, ilmu itu penting dan mesti digali setiap masa.

Ceritanya, temanku yang ikut serta mengerjakan haji bersamaku. Masa berangkat, dia gelisah tuhan saja yang tahu. Ceritanya padaku, Haid nya masih datang tapi staining. Mengikut katanya, Kakak yang dia banyak merujuk hal agama kata, "Kalau haid tak boleh berihram." Dia, punya susah hati sehingga hampir dia nak batalkan hajinya. Untung, dia ikut juga nasihat aku ke Jeddah. Di Jeddah, aku jumpa banyak buku rujukan dan aku telah menemui article. wanita haid ketika dalam ihram. Kisah ini berlaku pada Aisya dan Rasullullah telah menyuruh Aisya mandi Ihram dan boleh mengerjakan semua dalam umra atau haji kecuali sholat dan tawaf. Bila dah kering maka, kerjakanlah tawaf. Itu yang mengikut kefahaman saya.

Aku juga melalui peristiwa yang agak lucu, aku dan teman teman seramai 18 orang dari Riyadh, berangkat ke Jeddah utk berkumpul dengan jemaah yang lain. Kami bertolak pada 6 zulhijjah. Kami menunaikan Haji Ifrad. Waktu di Dlm flight, kami sudah berniat dan memang menjadi tempoh yang lama dalam ihram. Kawan kawan sudah berpesan supaya jgn sikat rambut, gosok gigi dengan colgate, bla bla bla. Yang ni part paling aku tak tahan. Salamah dan Lili follow apa yang ketua cakap tapi, aku cuba menyakinkan bahawa menggunakan ubat gigi bukan salah. Aku called Ustaz H. Dia kata, kurang pasti sebab ulama bercanggah pendapat. Aku merujuk lagi dengan seseorang dan, hujahnya relevant. Apalagi, kami berus gigi dengan colgate sepuas hati dan Salmah plg cute, penggemar gula gula getah. Apalagi, she fun of it.


Sebenarnya dalam agama, setiap yang dilarang pasti ada sebabnya, dan jgn lah pula kita menambah nambah dan membuat hukum tu menjadi susah.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Yahudi di Benci. Mungkin Hitler Benar.

Homestay Suria Kota Bharu