Noriah di Cordoba yg haru biru.

Cordoba

Setiap kali aku travel pasti melalui saat yang pahit. Waktu aku di Spain, pengalaman di Cordoba yang paling teruk dan buruk.
Malam sebelum itu aku di Malaga, jam sudah 2 pg aku masih tak boleh tidur dan badan masih segar. Aku hampir nak batalkan rancangan aku ke Gibraltar. Nasib Aku boleh bangun. Jam 7 pagi aku dah naik bas dari Malaga ke La Linea. Aku harus merencana sebaik mungkin perjalanan hari itu kerana aku harus berada di Cordoba pada jam 8 malam. Malaga berada di tengah antara Gibraltar dan Cordoba, Aku naik bas Express Ke La Linea Spain dari La Linea cuma cross border sepnjang 200 meter. Aku sampai Gibraltar jam 11 pagi dan kembali semula ke La Linea jam 2 petang. Short tour tapi aku dapat tgk wilayah England yang kecik tu. Aku kena singkatkan perjalanan kerana jarak La Linea ke Malaga lebih kurang 250 Km.
Sampai Di Malaga, aku ambik luggage di Hostel dan kembali ke St Maria Station Malaga utk catch speed Train ke Cordoba. Cuma Perjalanan satu jam jer. Tapi Train depart jam 8 malam. Aku sedikit kecewa. Aku dah promise utk sampai di Hostel di Cordoba jam 8 malam tapi dah tak der pilihan.
sampai di Cordoba, aku naik bus menuju ke ke Hostel yang terletak tidak begitu jauh dari Mezquita. aku berjalan agak jauh jugak dgn luggage beg dan rasa penat sebab malam tadi kurang tidur dan activity di Gibraltar menyebabkan aku rasa dah hilang tenaga dan terlalu penat. At last jumpala Hostel dan betapa malangnya aku. Pintu dah tertutup rapat. Jam dah 10 malam. Aku ketuk tiada jawapan. Diluar hostel ada Mesin seperti Atm dan aku baca arahan. Aku boleh dapatkan Kunci dari mesin tersebut. Aku cuma perlu masukkan Credit card yang diguna sewaktu online booking. Bila aku masukkan Credit card, aku tekan English dan aku enter nama aku. Apa terjadi , kad ditelan adesss. Rasa penat, letih, mengantuk bersatu. Aku baca doa memohon pada Yang Esa agar aku tidak tidur dikaki lima malam itu. Tak lama kemudian, datanglah couple yang merupakan tetamu dihostel itu. Mereka berbangsa France. Si Lelaki yang menolong menyelesaikan masalah check in. Dia tolong enter dan kami mencuba memasukkan semula nama ku. kesilapan sebab aku tak enter complete family name. Bila Lelaki perancis menukar ke BINTI Muhammad barulah accept dan tinggg. Keluarlah kunci bilik dan Credit card aku. Bilik tingkat paling atas. Pasangan Peranchis tersebut menolong aku sampai ke bilik dan luggage bag turut diangkat. Mesti mereka kesian tgk aku yg sgt disaster.

Enrich family

sampai dibilik, ada 2 katil double decker dan ada carry bag jadi aku bukan sendirian. Pasti tetamu bilik ini dah keluar. Bila aku teliti barang barang dalam bilik hostel ini ada sejadah atas katil. Aku rasa lega pasti tetamu nya muslim tapi lepas diteliti Aku mula panik bila aku nampak kasut lelaki. Jantung dah berdebar debar. Aku check slip hostel. Bilik yang aku booking ini 4 shared. So pihak hotel akan mixed lelaki dan perempuan. DAMN. Aku tak check betul betul. Aku dah sgt letih mana aku nak pergi dah dekat 12 tgh malam. Aku segera mandi, dan bertutup litup satu badan. Aku selimut seluruh badan dan ZZZZZZZ. Sungguh , aku dah sgt letih. Bila aku bangun keesokkannya. AKu lihat ada 2 tetamu lelaki dalam bilik itu sedang tidur. Ya Rabbi malam tadi aku satu bilik dgn lelaki . Aku bersiap untuk check out, mereka berdua terjaga dan teruja ingin tahu siapa teman sebilik. Mereka agak terkejut melihat aku. Mereka introduce diri mereka. 'Roommates' aku Malam tadi study di Cambridge seorang Japanese dan seorang lagi Bahraini. Aku memberitahu mereka betapa cemasnya aku bila aku tahu bahawa aku share dgn lelaki tetapi Kata Bahraini tadi. You should grateful. I am Muslim and I not drink and doing funny thing. Kata katanya disokong oleh temannya dari Jepun. Kami berbual sebentar dan aku keluar dan tidak kembali ke situ lg.
Aku ke Downtown Cordoba, simpan luggage di tempat Bus Stesyen, Ada Luggage cabinet. Untuk sekali penyimpanan kena bayar 3 Euro, dan purchase tiket ke Medina AL Zahra di Info tourist counter. Aku diberi map dan diarah dimana lokasi tersebut. Nak mencari lokasi bus pun aku dah sesat hingga aku berpusing ditempat yang sama hampir 7 kali. Akhirnya Aku jumpa tempat bus tak kurang 5 minit bas sampai. Dalam Bas, aku keluarkan kamera dan kepala otak aku menerawang peristiwa malam tadi aku charge batery kamera dan aku tidak keluarkan bateri dari charger. Aku rasa macam nak menjerit. Aku mengutuk diri aku yang cuai. Akhirnya Peristiwa diCordoba dirakam dgn kamera Hp. FISHHHHHHH.
Waktu Di Medina, Aku berkenalan dgn kelaurga Spanish yang sangat baik dan ramah. Suami, Isterinya Bernama Isabellle dan Anak Mereka Sheila. Kami lunch bersama dan selepas Medina kami berjalan jalan di Mezquita.
Hari kian petang dan aku minta diri, Aku senang dgn mereka cuma mereka terlalu ramah dan kami seperti ayam dan itik. Aku kesian, mereka cuba nak bg aku faham apa yg mereka katakan. Hari kian petang, Aku sangat lapar sebab masa lunch tadi, aku cuma makan udang itu pun aku rasa dah sgt darurat sebab ketidak pastian kehalalannya. Aku nak cari kedai kebab. Aku cari kedai kebab serius tak jumpa. Aku berjalan berkilo kilo meter dan aku tak jumpa sign langsung. AKu ke Info Cente dan alamat restoran Morocco diberi kepadaku. Sampai di Restoran tu memang sangat exclusive. Yang aku hampa makanan yang tidak sedap dan tidak kena dgn selera. Harganya ermmmm In Eurosss. Rasa Mengeletar tangan aku masa membayar bil makanan. Jam 11 malam, Aku menaiki bus ke Madrid. AKu tidur dgn selena lenanya. Bye Cordoba, Insya Allah aku akan datang lagi.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Yahudi di Benci. Mungkin Hitler Benar.

Homestay Suria Kota Bharu

Kisah dalam Ihram