Jodoh ooo Jodoh
Balik ke Kelantan, soalan bonus yang sering ditanyakan. Bilo lagi nak Kawin? Bakpo mu tak Nok kawin? dan bermacam soalan tapi intipatinya Kahwin. Yang menjadi lebih haru adalah Makdo Jah yang berusia 60 tahun bakal menikah tidak lama lagi. Aku menjadi kalah dengan MakDo Jah yang sama seusia dengan aruah Mum. Tetapi aku tenang dan santai. Aku yg paling gemar mengusik Mak Do Jah yang semakin berseri seri. Apa sahaja soalan aku akan dia jawab dengan senyum meleret leret. Dari situ aku tahu yang ini perkahwinan nya yang ke 7. Cuma membujang kurang setahun, datang lamaran baru dan diterima.
Selepas aku fikirkan semula, kalau aku macam Makdo Jah, tak yah tunggu bertahun tahun, habis edah pun aku dah kahwin but I learnt from mistakes. I learnt from the first mistake and I want to make sure the second will be better and perfect couple. I am looking for whole life partner bukan playmate macam main masak masak.
Aku pernah mencuba mencari yang baik. Tapi nyata bukan jodoh. Bukan sebab choosy but sometimes I need to be more selective. Cari yang baik, asal sahaja baik kelakuan , agama dan sanggup menerima setiap kebaikan dan keburukkanku. Kalau jumpa yang aku berkenan ada sahaja aral lain yang menghalang.
Pernah, aku kenal this guy dilaman facebook. Aku jumpa dia di Page jururawat Asia. Bekerja di Damman Saudi. Aku yg add dan dia terima, terus dia telefon. Satu hari kami berbalas sms. mengenali hati masing masing dan esoknya dia sudah melamar. Aku jd mental sekejap. Terus perut aku jadi pusing tekak rasa mual. Aku cuba menjadi rational dan aku katakan " Saya tidak menerima dan tidak juga menolak" " Kerana jika saya tolak maybe kamu terbaik utk saya tapi jika saya terima maybe kamu bukan baik utk saya. Let we know each other first. Hari ke hari dia mendesak hingga aku menjadi terlalu marah. " Jgn buat saya seperti saya perempuan terdesak". Suaraku di telefon sangat tegas dan keras. Selepas aku matikan hp. Aku tenang dengan keputusan ku cuma aku harus menerima risiko selanjutnya jika dia berbuat sesuatu.
Langsung selepas itu aku mengutus email tanda maaf dan penjelasan atas tindakan ku. Aku sudah guna bahasa yang sebaiknya tapi balasan ringkas yang aku terima " Kamu merasa terlalu riak dan perasan Alim". Kami langsung putus.
Aku pernah berkenalan dengan seorang lelaki yang sebaya denganku yang menetap di Uk. Dia asli Indonesia. Perkenalan dari match made ini berlangsung sangat harmoni untuk seketika. Kami saling berutus email. Sehingga dia bertanya ciri lelaki yang aku cari. Aku katakan yang baik, alim, tinggi agamanya dan balasan terakhir aku terima " Mungkin saya bukan ciri yang kamu cari". FULL STOP. Tiada email dari nya lagi.
At last aku berdiri teguh dengan keputusanku. Tidak terburu buru dalam memilih jodoh. Jangan peduli apa orang kata. Memang jodoh manusia sudah diatur oleh tuhan sejak di Luth mahfuz. Aku percaya jodohku yang lalu hanya tempat berteduh sementara, bukan teman yang akan menemani di syurga nanti.
Jika ingin mendapatkan jodoh yang baik, aku serahkan pada Allah SWT yang mempunyai banyak kejutan kejutan yang tak terjangka oleh manusia.
Firman Allah SWT didalam surat An Nahl, ayat 1: sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan...
Comments
Post a Comment