Aku punya pelbagai yang mempunyai corak bentuk social hidup. Dari yang setaat taat dengan Tuhan hingga yang sangat hurrra hurra.

Aku masih ingat waktu aku pernah beri nasihat yang kasar tapi mereka menganggap jenaka. Aku punya teman yang suka party dan minum sampai mabuk. Malam minggu itu, aku Di shift siang. Dia bercerita dengan asyik sekali dia akan ke party malam nanti. Yaa Aku lupa itu malam New Year. Lalu aku melayan dia bercakap secara sinis , aku tau keterlaluan tapi masih nada jenaka bodoh " Enjoy party , malam ni minum sampai puas sebab kalau sampai mati terus straight ke Neraka, dah tak boleh party lg". Mereka ketawa , aku ingat muka aku nak kena makan sepak kaki.

Kalau yang sewarak warak pun ada jugak, anti social. bagus tentang menasihati orang dan ya, aku takkan lupa pada mereka yang sering sering kali tidak pernah putus memberi aku kata kata nasihat.

Sesiapa pun kalian, aku mendoakan semoga Allah SWt memberi Taufik dan hidayah. Semoga kita bertemu di Syurga nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Yahudi di Benci. Mungkin Hitler Benar.

Homestay Suria Kota Bharu

Kisah dalam Ihram