Catatan Haji Part 1 - Simbolik Cinta Untuk Mummy

Bertahun tak berblogging.
Malam ni tgh ada mood nk menulis, mengarang dan bila mood dah dtg, harusss lah update blog yg dah berkarat ni.
Hari ni aku baru je lepas hantar hubby ke Mekkah. Dia akn berada di Mekkah dan menungguku disana.
Bila hubby beritahu, dia nak mengerjakan Haji sementara menunggu giliran Tabung Haji yg panjang.
Keinginan itu dia nyatakn awal tahun ini.
Susah jugak nk bg kata putus awalnya sbb peraturan Arab Saudi yg berubah setiap tahun.
Tapi, bila dia menyatakan hasratnya, aku teringat pd aruah Mummy tersayang.
Mummy mendaftar dgn tabung haji ,tahun bila aku tak ingat. Cuma mummy beritahu pd aku, bahawa
giliran dia masih panjang dan dia teringin nak buat Haji.
Sebb Mummy masih sihat, kuat, drive sana sini, aku sendiri tak berapa concerns  nak segerakn permintaan dia buat Haji. Aku sibuk travel ke Eropah, OZ and bla bla. I take a granted, mum boleh tunggu dgn tabung haji.
Sampai satu saat, aku teringin sgt nak Mum dtg ke Riyadh sambil buat umra.
Bila aku called Mum, dia gembira bukn main.
Sementara nk tunggu proses Visa Mum dtg Saudi, AKu terima berita Mum muntah muntah. AKu suruh mum jumpa Dr. Aku desak Mum buat blood tests and buat check up.
Within a week, I received phone called at  2 am in the morning. Mum is passing away. Malam yg sunyi sepi itu , aku menjerit menangis dan menangis.
Kesal, aku kesal. Kesedihan aku bertambah tambah. Org dok tanya ku ,Aruah dah buat Haji?
ada plak aku dengar soseh soseh, sayang aruah tak buat haji lagi.
Aku berazam, tiada upah haji utk Mum tp aku sendiri yg akan mengerjakan utk dia. Tanda penyesalan
aku tidak melayan Mum dgn baik, tanda cinta aku yg terlalu terhadap Mum.Ya Allah kurnia kanlah haji yang
mabrur dan biarlah Mum yg menerima haji ini, ibadah ini dan pengorbanan ini bagilah semua pahala ini
utk Mummy ku tercinta.
Bila Suami menyampaikan niat suci nya, aku tak nak berulang kali kedua. Firstly , apply visit visa utk Hubby.
Seriously this time rumit nk buat visa dia. Bab permit haji Suami lg rumit. Tapi nekad juga utk haji.
Perjalanan menuju Arafah masih panjang. Kami berdua di uji berbagai halangan dan ujian. Alhamdulillah itulah keindahan pengorbanan seorang hamba terhadap penciptanya, bila suami dah berada di Mekkah bersama jemaah yg lain  aku rasa dah semakin hampir jalan menuju Haji . Aku mohon, jika kami diuji semoga kami mampu menempuhinya.
 ------------------------------------  Sambungan Visa dan Permit Haji -------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

Homestay Suria Kota Bharu

Tahukah anda rupa Masjidil Al Aqsa.