Ashiteru





Krisis rumahtangga yang dihadapi Nora makin menemui jalan buntu. Semakin mencuba mengharapkan sesuatu yg positive tp nyata perkara tidak akan berhasil jika hanya satu pihak yang mahu bersatu sedangkan satu pihak lagi mahukan pembubaran.
Pertama kali Nora berada di hadapkan ke Mahkamah Syariah, kes dibaca dihadapan orang dan dia menangis. Hakim bertanya pada Suami Nora " adakah kamu mahu bercerai, dan dia dgn tegas dan santai menjawab iya. " Apabila soalan yang sama diaju pada Nora, dia menangis dan menangis. Hakim mengetuk dan kes di tunda ke sebulan kemudian. Keluar dari Mahkamah, wajah suaminya garang seperti singa lapar yg mahu menerkam. Yang menemani Nora dan suami cuma Ibu Bapa mertua. Nora tidak ditemani oleh sesiapa dari keluarganya. Nora tidak mahu hati keluarganya terluka dan sedih dgn kelakuan Suami.
Ting..Lif terbuka dan mereka masuk ke dalam. Suami menekan G. Mulutnya membebel memarahi Nora. " You, memang sengaja nak delay delay kan. " You tahu I ni busy man. Nora hanya menangis teresak esak. " You jgn main sandiwara kat sini".
Di dalam kereta , Nora memohon simpati dari Ibu mertuanya. " Ibu saya tidak mahu bercerai."
'Saya tahu saya salah". Nora mengakui bahawa dia juga bersalah tapi dia tidak menyangka bahawa segalanya membawa pengakhiran yg memilukan.
Cercaan yg sangat mengguris hati. Dituduh sebagai ratu sandiwara, menangih simpati dgn airmata, materialistik. Itulah hinaan yg dia tidak boleh terima sampai bila bila pun. Dia tak pernah meminta sesen duit gaji suaminya, dia berkorban dirinya dan perasaan utk bekerja ke keluar negara bg menolong suami yg menyambung belajar. Memang banyak kesilapan yg berlaku tapi jika suami nya melayan dia dgn adil dan baik mungkin Nora adalah isteri terbaik didunia.
Nora dibawa ke Stesen Teksi, Nora diturun disitu. Nora melihat suaminya. Tidak ada sebarang riak sedih utk melihat Nora pergi. Layanan yg diberi tidak ubah seperti anjing kurap.
sebulan kemudian, Nora kembali ke Mahkamah syariah Terengganu. Bersendirian. Pengawai Mahkawah membawa Nora Ke bilik yg lebih privacy tidak seperti kes yg pertama dihadapkan dihadapan orang ramai. Nora menunggu Suaminya dibilik yg mempunyai 3 meja. 2 meja utk pasangan dan satu meja untuk hakim.
Tak berapa lama Kes bersidang dan hanya 3 orang dibilik itu, Nora, suami dan Tuan hakim. Nora hanya diam. Suaminya mencerita segala keburukan Nora dan Nora hanya diam. Dia terlalu benci utk ikut campur. Dia benci kerana haknya dinafikan. Dia benci dgn hakim yg berat sebelah. Apa yg dia tahu dia benci dengan segala galanya. Hatinya sudah dilatih utk menjadi keras dan tidak menangis. Talak dijtuhkan. Nora bertanya pada Tuan hakim
" sudah selesai", Hakim menganguk. Nora bangun dan terus keluar tanpa menoleh pada bekas suami. Itu lah kali terakhir dia melihat Lelaki yg dia terlalu cintai, yg dia korbankan jiwa raganya utk kesenangan lelaki itu. Yang dia lihat lelaki itu hanya manusia sombong yang asing.
" Aku seperti anjing kurap", Ketika aku cantik dan sihat , aku dilayan dgn penuh kasih sayang tapi bila aku tak diperlukan, aku hanya seekor anjing kurap.
Biar aku seekor anjing kurap tapi aku akan kuat untuk hidupku.
Nora melalui hari hari yg sangat sedih, Bertahun tahun Nora cuba merawat kelukaannya. Kekecewaan yang sgt menyakitkan. Pernah menangis setiap hari selama 365 hari. Nora seakan tidak percaya dia berjaya melupakan kisah sedih itu. Dia berjaya menutup lembaran hidupnya, menerima segalanya selepas bertahun tahun. Menerima takdirnya dengan penuh redha. Merasa betapa manisnya kegagalan itu, belajar mencari salah silapnya dan berubah dengan lebih baik. Itu antara hikmah terindah untuk Nora.

Bertahun tahun dia tidak mempunyai sebarang hubungan serius. Pernah menyukai tetapi hanya suka. Dan utk kesekian kalinya, hati nya menyukai seseorang dgn sgt serius. Ashiteru. Tapi, rasanya ashiteru dtg utk sementara utk buat dia gembira buat seketika. Kerana Ashiteru tidak serius.................

Cinta datang kepada yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan,
kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Yahudi di Benci. Mungkin Hitler Benar.

Homestay Suria Kota Bharu

Kisah dalam Ihram