Entry aku kali ini cerita hal jodoh plak, Selepas mission kekawan yang jd match maker gagal dan aku cari sendiri pun gagal jugak. Tanpa aku sedari, ada seseorang yang sangat prihatin terhadapku, yang aku tidak pernah merasa kehadiran disisi aku selama ini. Dia jururawat, teman satu hospital. At a time, aku ada berkerjasama dengan dia. Begitu lama aku mengenalinya, aku tidak pernah memberi nombor telefon aku padanya. Setiap kali bertemu dihallway, dia pasti akan menegur dan mengajak berbual utk seketika. Dia bercerita dengan penuh ceria. Berharap dapat bergabung kerja dengan aku lagi. Berulang kali menuturkan kata Keep in touch. Berkali kali dia memberi gambaran perasaan dia terhadap aku, pretending aku tidak faham maksudnya. Dia juga seperti aku, pernah berkahwin punya anak satu. Aku tak nafikan dia seorang yang baik. Tapi aku tidak menyintainya. Sedikit perasaan juga tidak terujud. Mana perginya perasaan ini.?? Dia bukan lelaki yang aku cari, Lelaki yang aku cari adalah yang sholeh d...