Kisahku utk iktibar lady driver
Aku nak kongsi kisahku semoga menjadi tauladan buat Lady driver diluar sana. Saat ni aku cuma merasa bersyukur yang aku masih lagi bisa bernafas, dapat berpeluang melakukan ibadah. Memohon ampun sesama hamba dan pada pencipta. Aku ingin sentiasa ingat kisah ini agar dimasa hadapan aku lebih hati hati. Malam selasa yg lalu aku dari Johor ke Seremban, aku terima phone called dr kg mengatakan Mok iaitu nenek aku jatuh. Oleh kerana keadaan dia stabil. Aku berehat di Seremban semalaman dan merehatkan badan aku yg letih sesangat. Di Seremban , ada urusan yg aku harus bereskan. Jadi aku plan utk bertolak ke Kelantan pada petang dan akan transit di Benta. Aku nak berehat dan tidur di Benta so keesokkan hari baru aku akn brgerak ke Kelantan. Aku nak kembalikan tenaga dan mood sebab bosan jugak long distance driving ni. Aku bertolak ke Benta dari Seremban jam 5.30 pm. Aku budget sampai di Benta Sebelum Maghrib. Dan bermula lah kisah ku yang memberi seribu pengalamn yg sgt berharga. Aku biasa lal...