Posts

Noriah di Cordoba yg haru biru.

Image
Cordoba Setiap kali aku travel pasti melalui saat yang pahit. Waktu aku di Spain, pengalaman di Cordoba yang paling teruk dan buruk. Malam sebelum itu aku di Malaga, jam sudah 2 pg aku masih tak boleh tidur dan badan masih segar. Aku hampir nak batalkan rancangan aku ke Gibraltar. Nasib Aku boleh bangun. Jam 7 pagi aku dah naik bas dari Malaga ke La Linea. Aku harus merencana sebaik mungkin perjalanan hari itu kerana aku harus berada di Cordoba pada jam 8 malam. Malaga berada di tengah antara Gibraltar dan Cordoba, Aku naik bas Express Ke La Linea Spain dari La Linea cuma cross border sepnjang 200 meter. Aku sampai Gibraltar jam 11 pagi dan kembali semula ke La Linea jam 2 petang. Short tour tapi aku dapat tgk wilayah England yang kecik tu. Aku kena singkatkan perjalanan kerana jarak La Linea ke Malaga lebih kurang 250 Km. Sampai Di Malaga, aku ambik luggage di Hostel dan kembali ke St Maria Station Malaga utk cat...

Pulang dan pergi

Sedar tak sedar dah 4 bulan aku balik Mesia. Semua yang aku plan dah hancur berkecai. Nak balik for good, busnis , humanitarian job, and what not. Tapi bakat aku dalam busnis ni kurang menyerlah. Tak pandai nak convince orang. Ermmm. So Duit tak masyuk nak buat social job pun kena ketepikan. Kalau dihantar ke Ecuador 3-4 bulan, sapa nak bayar maintenance kat Mesia. Aku pun mula menyusun langkah, aku ke Singapore ke Kandang Kerbau Hospital. Aku sedih betul cara depa layan aku. I am good excellent experience Paediatric ICU Nurse, very committed and punctual. Dont judge me by my tudung. So, keluar dari Sg, masuk ke Jb lalu jalan Wong Ah Fok, aku nampak Pan Global building. Keputusan aku ambil secara tiba tiba. Aku bukan ditakdir utk tinggal disini lama lama. Masuk di Ofis Pan Global aku disambut dgn baik. Middle east welcoming U again Noriah!. Tapi honest, aku tak rasa sedikit menyesal meninggalkan Riyadh. Aku achieve banyak perkara sejak aku balik. Tuti , Mok, Puasa dan raya, and banyak ...

Jodoh ooo Jodoh

Balik ke Kelantan, soalan bonus yang sering ditanyakan. Bilo lagi nak Kawin? Bakpo mu tak Nok kawin? dan bermacam soalan tapi intipatinya Kahwin. Yang menjadi lebih haru adalah Makdo Jah yang berusia 60 tahun bakal menikah tidak lama lagi. Aku menjadi kalah dengan MakDo Jah yang sama seusia dengan aruah Mum. Tetapi aku tenang dan santai. Aku yg paling gemar mengusik Mak Do Jah yang semakin berseri seri. Apa sahaja soalan aku akan dia jawab dengan senyum meleret leret. Dari situ aku tahu yang ini perkahwinan nya yang ke 7. Cuma membujang kurang setahun, datang lamaran baru dan diterima. Selepas aku fikirkan semula, kalau aku macam Makdo Jah, tak yah tunggu bertahun tahun, habis edah pun aku dah kahwin but I learnt from mistakes. I learnt from the first mistake and I want to make sure the second will be better and perfect couple. I am looking for whole life partner bukan playmate macam main masak masak. Aku pernah mencuba mencari yang baik. Tapi nyata bukan jodoh. Bukan sebab choosy b...
Aku punya pelbagai yang mempunyai corak bentuk social hidup. Dari yang setaat taat dengan Tuhan hingga yang sangat hurrra hurra. Aku masih ingat waktu aku pernah beri nasihat yang kasar tapi mereka menganggap jenaka. Aku punya teman yang suka party dan minum sampai mabuk. Malam minggu itu, aku Di shift siang. Dia bercerita dengan asyik sekali dia akan ke party malam nanti. Yaa Aku lupa itu malam New Year. Lalu aku melayan dia bercakap secara sinis , aku tau keterlaluan tapi masih nada jenaka bodoh " Enjoy party , malam ni minum sampai puas sebab kalau sampai mati terus straight ke Neraka, dah tak boleh party lg". Mereka ketawa , aku ingat muka aku nak kena makan sepak kaki. Kalau yang sewarak warak pun ada jugak, anti social. bagus tentang menasihati orang dan ya, aku takkan lupa pada mereka yang sering sering kali tidak pernah putus memberi aku kata kata nasihat. Sesiapa pun kalian, aku mendoakan semoga Allah SWt memberi Taufik dan hidayah. Semoga kita bertemu di Syurga na...

Jangan Langgar janji

Ingat tak apa yang Noriah dah janji, Firdaus bertanya padaku. Baca balik Email Yang Fir hantar 4 1/2 tahun yang lalu, harap Noriah masih simpan email Fir. Doktor Firdaus adalah kaunselor terbaik pernah aku kenal. Antara orang orang yang penting yang memberi kata kata yang membangun. Melihat aku sebagai manusia bukan seorang yang bermasalah. Justeru , aku berubah dari kosong hingga punya sikit ilmu utk kaunselling orang. Aku ingin berjanji pada diriku semula, janji aku ikrar 4 1/2 tahun lalu. Masya Allah, I haven't achieve my target. Its should be done long ago. I will stand when I falls , strong as i am...Life is beautiful

Seteguh karang

Keputusan untuk pulang settle down dibuat sebelum Aruah mummy meninggal. Aku merencana untuk travel seluruh China dan menetap disana. Seminggu sebelum Aruah pergi, aku berbual bual dengannya di telefon dan suaranya masih segar tidak seperti orang sakit. Dia minta " Long, jgn duduk disana, kalau nak pergi setakat jejalan bolehla. Lewat Mummy pergi aku nekad untuk berhenti. Aku tidak mahu komitted dgn orang lain lagi. aku ingin bekerja sendiri. Aku kena buktikan bahawa aku boleh berjaya. Ada perkara yang lebih penting dari duit. Tuti, Mok dan diriku sendiri. Dalam ayat seribu dinar sendiri, kita diminta berusaha dan bertawakal. Setiap sesuatu itu pasti ada hikmah nya dan aku pasti bahawa rancangan aku ini bukan datang dari akal ku yang pendek tapi setelah aku berfikir semasak masaknya