Posts

Sewa kereta , Car Rental serdang , KLIA , UKM

Image
Viva Untuk di sewa / Viva for Rent area Johor Bharu Rm  70/ sehari RM 180 / 3 hari Rm  350 / Seminggu RM 1100 / Sebulan. Persona (A) 1.6 cc  Untuk di sewa / Viva for Rent area KL, serdang, KLIA Rm 150/ sehari RM 350 / 3 hari Rm  700 / Seminggu RM 1700 / Sebulan. CALL 0192907659

Catatan Haji Part 1 - Simbolik Cinta Untuk Mummy

Bertahun tak berblogging. Malam ni tgh ada mood nk menulis, mengarang dan bila mood dah dtg, harusss lah update blog yg dah berkarat ni. Hari ni aku baru je lepas hantar hubby ke Mekkah. Dia akn berada di Mekkah dan menungguku disana. Bila hubby beritahu, dia nak mengerjakan Haji sementara menunggu giliran Tabung Haji yg panjang. Keinginan itu dia nyatakn awal tahun ini. Susah jugak nk bg kata putus awalnya sbb peraturan Arab Saudi yg berubah setiap tahun. Tapi, bila dia menyatakan hasratnya, aku teringat pd aruah Mummy tersayang. Mummy mendaftar dgn tabung haji ,tahun bila aku tak ingat. Cuma mummy beritahu pd aku, bahawa giliran dia masih panjang dan dia teringin nak buat Haji. Sebb Mummy masih sihat, kuat, drive sana sini, aku sendiri tak berapa concerns  nak segerakn permintaan dia buat Haji. Aku sibuk travel ke Eropah, OZ and bla bla. I take a granted, mum boleh tunggu dgn tabung haji. Sampai satu saat, aku teringin sgt nak Mum dtg ke Riyadh sambil buat umra. Bila aku c

Kisahku utk iktibar lady driver

Aku nak kongsi kisahku semoga menjadi tauladan buat Lady driver diluar sana. Saat ni aku cuma merasa bersyukur yang aku masih lagi bisa bernafas, dapat berpeluang melakukan ibadah. Memohon ampun sesama hamba dan pada pencipta. Aku ingin sentiasa ingat kisah ini agar dimasa hadapan aku lebih hati hati. Malam selasa yg lalu aku dari Johor ke Seremban, aku terima phone called dr kg mengatakan Mok iaitu nenek aku jatuh. Oleh kerana keadaan dia stabil. Aku berehat di Seremban semalaman dan merehatkan badan aku yg letih sesangat. Di Seremban , ada urusan yg aku harus bereskan. Jadi aku plan utk bertolak ke Kelantan pada petang dan akan transit di Benta. Aku nak berehat dan tidur di Benta so keesokkan hari baru aku akn brgerak ke Kelantan. Aku nak kembalikan tenaga dan mood sebab bosan jugak long distance driving ni. Aku bertolak ke Benta dari Seremban jam 5.30 pm. Aku budget sampai di Benta Sebelum Maghrib. Dan bermula lah kisah ku yang memberi seribu pengalamn yg sgt berharga. Aku biasa lal

si wanita cerewet

- Kisah berlaku di Jepun, Ada seorang Lelaki yang bernama Odu mempunyai seorang isteri yang sangat cantik jelita. Keburukkan Isterinya adalah dia sgt kuat berleter, cerewet dan kurang disenangi oleh jiran jiran kerana isterinya suka mengumpat dan brcakap dgn kuat. Namun Odu sangat sayang pada Isterinya walau sifat buruknya itu sangat menjengkelkan. Jiran Jiran Odu menghasut Odu supaya meninggalkan Isterinya, lama kelamaan Odu termakan dgn kata kata jiran jirannya. Odu merancang untul menghapuskan isterinya. Lalu Dia mengajak isterinya ke hujung kampung. Disana ada sebuah perigi lama yg tidak digunakan. Saat mereka lalu diperigi itu, Odu menolak isterinya ke Dalam Perigi dan terus meninggalkan perigi itu. Seminit kemudian, Odu merasa kehilangan. 5 minute kemudian Odu terasa sangat sangat kehilangan . lantas Odu kembali ke perigi. Sampai disitu ada seekor lembaga yang besar dan berbulu . Odu bertanya siapakah dia. Dia menjawab " Akulah penjaga Perigi ini". Dibawah sana ada M

Homestay Suria Kota Bharu

Image
Pada hari pembukaan Sea Games yg baru lalu, kami berada di Kelantan. Melawat kubur bonda tercinta dan mengubat rindu dendam Mok kepada kampungnya yang terletak dalam daerah Pasir Putih. Kampung aruah berjarak 30 km dari kota bharu dan 5 Km dari Pasir Putih. Di kampung, kami melepak rumah Cousin kami rumah Kak Da atau pun rumah Mek , kakak Aruah mummy. Rumah Mok terlalu uzur utk ditempati. Oleh kerana aku jarang hang out kat bandar Kota Bharu, adik aku Lia and Bro In law decided nak cari homestay sekitar Kota Bharu. Kat Bandar Kota Bharu, berselerak homestay. di tepi tepi jalan ada papan tanda dengan no telefon. Cari punya cari, aku called 10 homestays dan compare harga. At last aku decide utk sewa Suria Homestay lepas kwatim harga dengan Owner nya Encik Zuki jadi aku kira setuju. Ini first time nak sewa Homestay memandangkn kami big family. Jadi harga yg Encik Zuki bg memang berbaloi baloi. Homestay Suria, terletak di Kubang Kerian berdekatan dengan sekolah. Suasana kampung di pinggi

Ashiteru

Image
Krisis rumahtangga yang dihadapi Nora makin menemui jalan buntu. Semakin mencuba mengharapkan sesuatu yg positive tp nyata perkara tidak akan berhasil jika hanya satu pihak yang mahu bersatu sedangkan satu pihak lagi mahukan pembubaran. Pertama kali Nora berada di hadapkan ke Mahkamah Syariah, kes dibaca dihadapan orang dan dia menangis. Hakim bertanya pada Suami Nora " adakah kamu mahu bercerai, dan dia dgn tegas dan santai menjawab iya. " Apabila soalan yang sama diaju pada Nora, dia menangis dan menangis. Hakim mengetuk dan kes di tunda ke sebulan kemudian. Keluar dari Mahkamah, wajah suaminya garang seperti singa lapar yg mahu menerkam. Yang menemani Nora dan suami cuma Ibu Bapa mertua. Nora tidak ditemani oleh sesiapa dari keluarganya. Nora tidak mahu hati keluarganya terluka dan sedih dgn kelakuan Suami. Ting..Lif terbuka dan mereka masuk ke dalam. Suami menekan G. Mulutnya membebel memarahi Nora. " You, memang sengaja nak delay delay kan. " You tahu I ni bus